Rabu, 07 Januari 2015

"IBU PEMBOHONG"

(  Ya Allah, mohon ampun sekiranya aku salah….dalam memberi judul ini )



Ada beberapa bukti kebohongan seorang ibu yang wajib  kita renungkan saat ini dan yang pada saat itu kita tidak tahu kenapa Ibu berkata seperti itu,  antara lain :
1.      Pada saat akan makan,. Dikala makanan pada waktu itu  mengalami kekurangan, Ia (ibu) akan selalu rela memberikan makanan yang ada kepada anaknya dan berkata : “Makanlah nak” Untuk Ibu mana ? Ia berkata lagi : “Ibu masih kenyang”.
2.      Sewaktu makan, ia selalu menyisihkan ikan atau daging untuk anaknya dan berkata : “Ibu tidak suka daging, makanlah nak”. Atau kebetulan ikan asin, Ia selalu rela memberikan dagingnya untuk anaknya, sedangkan ibu ? “Ia cukup kepala ikan asin”…..Subhanallah
3.      Pada waktu tengah malam, dikala menjaga anaknya yang sedang sakit, Ia berkata : “Istirahatlah nak, Ibu masih belum ngantuk…….”
4.      Di saat anak sudah selesai sekolah dan bekerja, lalu mengirimkan uang untuk Ibu, Ia berkata : “Simpanlah nak untuk keperluan kamu, Ibu masih punya uang…….”. 
5.      Sewaktu anaknya sudah sukses dan mempunyai rumah yang cukup besar dan mewah lalu mengajak Ibunya untuk tinggal di rumahnya, Ia lalu berkata ; ‘nak biar Ibu tinggal di rumah tua saja…..”
6.      Di hari tuanya, Ibu sakit keras, anaknya selalu menangis melihat ibunya. Tetapi Ibu masih bisa tersenyum dan berkata kepada anaknya : “Jangan menangis nak, Ibu tidak apa-apa”. Ini adalah mungkin salah satu kebohongan Ibu yang terakhir yang sengaja ia lakukan. Kita kurang peduli bahkan tidak peduli sama sekali seberapa kaya kita, seberapa dewasnya kita, Ibu selalu menganggap kita sebagai anak kecilnya, selalu menghawatirkan diri kita, dan beliau selalu tidak pernah membiarkan kita kesedihan, kesakitan, kelaparan dsb.
     Semoga kita sebagai anak, bisa memaklumi dan menghargai setiap kebohongan seorang Ibu, karena beliaulah malaikat nyata yang dikirim TUHAN untuk menjaga kita….. terima kasih BUNDA, MAAFKAN ANAKMU INI WAHAI BUNDAKU SAYANG……….!!!

IBU/AYAH
Dulu aku selalu…..
Menguras jerih payah kalian….
Dan sampai saat ini
Aku belum mampu membuat kalian tersenyum bahagia….
Sekarang aku baru sadar….
Begitu banyak pengorbanan kalian….
Yang sampai saat ini belum bias ku kembalikan….
Maafkan anakmu ini….
Aku janji suatu saat aku akan membahagiakan kalian…
YA ALLAH
Berikanlah hambamu ini reziki yang halal, agar aku bias membahagiakan kedua orang tuaku….
Sebelum mereka menghabiskan hari-hari tuanya
YA ALLAH
Ampunilah dosa-dosa kedua orang tuaku
Lindungilah mereka, dimanapun mereka berada, berikan kesehatan untuk mereka dan angkatlah semua penyakit dalam diri mereka dan jadikalah di akhir hayat mereka kehidupan yang husnun khatimah…….. Amin.

Si Gadis Mimpi Jumpa Ibu Dalam Neraka
     Diceritakan kisah berikut berlaku ketika di zaman Rasulullah SAW. Suatu ketika datang seorang gadis menemui Rasulullah SAW dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam saku bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat.
     Lalu Rasulullah SWT menegurnya; “Wahai anakku! Kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?”
     Gadis malang itu pun menceritakan hal yang berlaku padanya; “Ya Rasulullah! Sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini.”
“Jika tidak menjadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku.” Rasulullah SAW mulai tertarik dengan penjelasan gadis tersebut.
     Jawab gadis tadi. “Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka. Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata.”
     Gadis itu berhenti seketika menahan sebak.
Seterusnya menyambung ceritanya; “Kemudian aku lihat di tangan kirinya ada seketul keju dan di tangan kanannya ada sehelai tuala kecil. Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran Islam dan isteri yang taat kepada suaminya?
     Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir, yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.
     Lantas aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi (Telaga Kautsar). Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal.
     Lalu aku bertanya kepada ayahku. “Wahai ayah! Ibu sedang kehausan dan menaggung azab di neraka. Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia kulihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama.”
     Dan dijawab oleh ayahku; “Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah SWT dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika didunia.”
      Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka. Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur. Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk. Itulah sebabnya aku datang berjumpa kamu ya Rasulullah.”.
     Panjang lebar gadis itu bercerita sambil air matanya tidak henti-henti mengalir di pipi. Rasulullah SAW kemudian meletakkan tongkat Baginda ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah Ta’ala. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat islam. Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh.
     Kemudian Rasulullah SAW berkata, “Wahai anakku! Pulanglah. Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu. Mudah-mudahan segala dosanya terampun.”
     Keinsafan daripada cerita ini, marilah kita mendidik jiwa agar menjadikan amalan bersedekah  sebagai suatu yang suci murni lagi terpuji di samping keperihatinan kita dengan nasib dan kesusahan orang lain seperti mana yang amat dituntut oleh Islam.
     Nabi Muhammad SAW bersabda: “Tiga perkara aku bersumpah menegaskan kebenarannya iaitu tiadalah berkurangan harta seseorang disebabkan bersedekah. Tiadalah seseorang yang dizalimi itu bersabar, melainkan Allah SWT menambahkan dia kemuliaan. Dan tiadalah seseorang memulakan sesuatu cara meminta sedekah, melainkan Allah SWT membukakan kepadanya pintu kepapaan. Aku menerangkan kepada kamu satu hadis pengajaran untuk dijadikan ikhtibar.”   (Hadis Riwayat Abu Kabsyah al-Anmari r.a.)
.
Wallahu A’lam Bish Shawab

Tidak ada komentar:

Posting Komentar